AJARKAN AKU SETIA CINTA
AASC adalah novel terbaru saya selepas Potret Wajah Kekasih. Kali ini saya memilih Fajar Pakeer sebagai penerbit. AASC sebuah kisah ringkas dan santai tetapi di samping itu saya selitkan beberapa unsur pengajaran di dalamnya. Kemungkinan AASC akan muncul di pasaran akhir November nanti.
AASC mengisahkan tentang kesetiaan, kecurangan, cinta dan beberapa unsur isu semasa yang seringkali hangat diperkatakan setiap masa iaitu berhutang sehinggakan memaksa kerajaan campur tangan dalam menangani isu tersebut. Demi kepuasan diri, manusia sanggup meletakkan nyawanya di hujung jari peminjam wang tidak berlesen, Along. Natijahnya tetap sama, nyawa jadi taruhan walau apa jua alasan pinjaman dilakukan. Along diringkaskan sebagai seorang yang mesra sewaktu memberi pinjaman dan menjadi seorang yang kejam apabila peminjam tidak membayar kembali pinjaman wang tersebut.
AASC juga mengenai kesetiaan dan kejujuran. Kesetiaan dan kejujuran jika diadunkan dengan keikhlasan pasti akan diraikan dengan satu perhubungan yang suci. Walaupun AASC bukankan kisah cinta terhebat tetapi cukuplah saya memaknakan istilah cinta itu dengan cara saya tersendiri. Bagi saya cinta itu bukan satu ungkapan I Love You atau saya sayang awak tetapi cinta bagi saya adalah satu perbuatan. Bagaimana pula pendapat anda?
Kehilangan orang tersayang selepas dikecewakan dengan teruk, satu pengalaman yang cukup menyakitkan setelah semua kepercayaan dan kejujuran dihulurkan dengan penuh keikhlasan. Dan apabila kita kehilangannya, barulah kita akan meraung kesakitan kerana ditinggalkan. Kemudian barulah kita merasa yang sebenarnya kita begitu mencintainya. Bak kata pepatah Melayu, sudah terhantuk barulah nak terngadah. Begitulah ringkasan novel terbaru saya.
Semoga AASC dapat memenuhi citarasa anda semua. Kepada pembaca setia novel saya, terima kasih daun keladi saya ucapkan. Semoga kita bertemu di lain hari di dalam ringkasan cerita yang berbeza pula. Sayonara…













kak ila said,
November 15, 2009 at 9:43 pm
berapa semuanya novel yg sudah awak terbitkan?
Syamimi Aminolah said,
December 13, 2009 at 11:43 pm
entahlah ka ila, saya pun dah tak ingat berapa tapi banyak la. sorry lambat reply coz coverage kat rumah saya tak pernah elok. maklumlah musim tengkujuh. belakang rumah saya plak ada hutan simpanan, signal memang teruk. sorry…
kak ila said,
November 21, 2009 at 1:01 pm
hai mimi, tak ada yang baru? sibuk ke?
Syamimi Aminolah said,
December 13, 2009 at 11:49 pm
sibuk gak, main games. hehehe…