KISAH 10 BUAH DELIMA
DARI Ka’bul Ahbaar, dia berkata: Suatu hari, Fatimah r.a jatuh sakit. Ketika Ali pulang ke rumah Fatimah, dia bertanya,” Hai Fatimah, apa keinginan hatimu pada kelazatan dunia ini?
Fatimah menjawab,”Hai Ali, aku menginginkan sebiji delima.”
Ali merenung sessat kerana dia tidak memiliki apa pun. Kemudian berdirilah dia dan pergi ke pasar. Dia berhutang satu dirham kepada seseorang dan dibelikannya sebiji delima. Tetapi di tengah jalan, dia melihat seseorang yang sedang sakit terbaring di tengah jalan. Berhentilah Ali seraya bertanya padanya,”Apa keinginan hatimu hai hamba Allah?”
Orang itu berkata:”Hai Ali, aku sudah lima hari di sini dan aku adalah orang terbuang. Orang ramai melintasiku dan tidak seorang pun yang mahu memerhatikan aku. Hatiku menginginkan sebiji delima.
Mendengar itu, Ali merenung sesaat, lalu dia berkata di dalam hati,”Aku hanya membeli sebiji delima untuk Fatimah. Jika aku harus memberikannya kepada orang ini, Fatimah tidak akan mendapat apa-apa. Tetapi jika aku tidak memberikannya bererti aku menentang firman Allah SWT, ertinya: “Dan ada pun terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah engkau membentak.” (Ad-Dhuhaa: 10)
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda: “Janganlah kamu menolak orang yang meminta-minta walaupun dia berada di atas kuda.”
Maka Ali dengan segera membelah buah delima itu dan memberikannya kepada orang yang sedang sakit itu. Tetapi Ali merasa malu dan sedih untuk berjumpa Fatimah kerana tidak berjaya memenuhi keinginan isterinya. Fatimah yang melihat kedatangan suaminya dengan muka yang sedih terus berkata, ” Mengapa engkau nampak bersedih hati? Demi keagungan Allah, sesungguhnya ketika engkau memberi makan buah delima pada orang tua itu, hilanglah keinginanku untuk makan buah delima.
Mendengar itu, Ali amat gembira dan bersyukur. Tiba-tiba datang seorang lelaki mengetuk pintu. Ternyata dia adalah Salman Al- Farisi, yang datang membawa sebuah hidangan. Hidangan yang tertutup dengan kain itu segera dibukanya. Ternyata di dalamnya terdapat sembilan biji buah delima. Ali berkata, “Untuk siapakah buah delima ini?”
Jawab Salman, ” Ini adalah rezeki dari Allah untuk tuan.”
Ali segera berkata, “Wahai Salman, jika benar ini untukku, tentu sepuluh, bukan sembilan. Sebab Allah SWT ada berfirman: “Barangsiapa yang datang dengan membawa kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda balasannya.”
Mata tertawalah Salman, lalu dia mengeluarkan sebiji buah delima dari dalam poketnya seraya berkata, “Hai Ali, demi Allah, buah delima itu memang sepuluh. Tetapi aku ingin mengujimu dengan hal itu.












